Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Featured Posts

Thursday, March 13, 2014

Nak letak Voltage Stabiliser kat kereta


Banyak alat penstabil voltan yang terdapat di pasaran seperti Pivot Mega Rizin, I-Charge, Moto TSXII,  Zapgold, Mega Fuel Saver, Ecostorm dan sebagainya. Alat ini dikatakan boleh menjimatkan petrol, memudahkan enjin dihidupkan, meningkatkan kuasa pecutan (tork) dan memanjangkan jangka hayat bateri. 

Apabila enjin dihidupkan, pelbagai peranti elektronik di dalam sesebuah kenderaan akan menggunakan voltan secara serentak contohya lampu, peranti suntikan bahan api(Injection), gegelung, radio, pendingin hawa dan lain-lain. yang menyebabkan voltan tidak lagi seimbang terutamanya kenderaan yang telah berusia. Di sini, Voltage Stabiliser(VS) akan memainkan peranan untuk cuba menyeimbangi voltan dengan penggunaan secara maksimum yang mungkin.

Kalau nak beli yang mana lagi bagus, tahan lama, harga berbaloi dan telah diuji oleh kereta - kereta?


Tuesday, March 11, 2014

How to Replace Your Windshield Wipers


Make sure you purchase the entire wiper blade and not just the rubber padding.

Second, following the instructions on the blade packaging, lay out the blades and ensure which is the right and which is the left. If they aren’t marked you can always compare them to the used wipers from your car.

Time to Change Your Wiper Blades
If you can’t see clearly out of your windshield, it’s probably time to replace your wiper blades.

Third, put the existing wiper blades on your car in the “up” position. Consult your owner’s manual if you’re having trouble doing so.

Fourth, take off the used blades from windshield wiper arms. Release the tabs at the top of the blades and slide them off.

Make sure your wiper blades are firmly attached and locked before using them.
Fifth, attach the new blades by snapping them into place. Be sure they are secure and that the arm tabs are in the “down” and “locked” position. Once you feel they are secure, test them out and enjoy traveling confidently come rain or shine.

Kerosakan Pada Palam Pencucuh ( Spark Plug )

Spark Plug Normal


Plug bercarbon (Carbon fouled)


Permukaan plug diselaputi carbon. Hal ini kerap berlaku disebabkan oleh terlalu banyak campuran bahan api dan udaraapabila pembakaran berlaku di kebuk pembakaran. Periksa choke, air clearner (penapis udara) tersumbatatau masalah kaburator. Keadaan ini juga boleh disebabkan voltan lemah, udara masukan ke kaburator tidak beropersi dengan baik atau mampatan cylinder rendah.

Cara mengatasi: Suci atau basuh spark plug dengan petrol, berus dan kertas pasir.

Insulator Glazing



Insulator berwarna kekuning-kuningan (yellowish). Keadaan ini menunjukkan suhu spark plug meningkat secara tiba-tiba semasa pecutan kenderaan dilakukan. Kesimpulannya permulaan pembakaran adalah normal tetapi keadaan ini boleh membentuk lapisan nipis pada insulator dan misfire akan berlaku.

Cara mengatasi: ganti dengan spark plug yang baru.

Kerosakan mekanikal (Mechanical damage)


Berlaku mungkin disebabkan objek asing termasuk dalam kebuk pembakaran (combustion chamber). Apabila keadaan ini berlaku, periksa cylinders lain untuk mencegah perkara yang sama daripada berulang. Keaadaan ini juga boleh disebabkan piston menyentuh spark plug atau berlanggar dengan firing end.
Cara mengatasi: ganti spark plug dengan yang baru.

Plug haus (Worn) dan Plug Baru



Plug mengalami kerosakan dan perlu ditukar. Voltage yang dikeluarkan untuk menghasilkan percikan api adalah kira-kira dua kali ganda dan akan meningkat jika perjalanan jauh dilakukan. Jika keadaan ini berlaku, pergerakan enjin berlaku dengan pantas. Tidak baik untuk prestasi enjin dan penggunaan bahan api yang banyak akan berlaku.

Cara mengatasi: Ganti spark plug baru.

Sunday, March 9, 2014

Kereta tak boleh start



Kereta tak boleh start, adui...pernah tak berlaku pada anda? saya ada beberapa kali. panik juga masa tu. duk pikir lama dalam kepada. engin ke apa? nak kena tarik ni kereta aku. duit lagi. dah lah baru lepas bayar ansuran kereta. chek punya chek..tuan nak tahu apa masalah kereta aku ni? bateri dah kondem.kira kong terus. Alhamdulillah nasib baik tak rosak engin ke atau benda - benda lain. syukur pada Allah.


Tips penjagaan bateri kereta

1. pastikan kepala batery bersih sentiasa, kalau rosak tukar kepala bateri tu, kadang-kadang charge kereta tidak cantik, susah start engine disebabkan kepala tembaga tu.
2. pastikan wire battery dalam keadaan baik
3.Pasang volt stablizer, grounding wire kalau boleh
4.check altenator, sebab kalau recharging battery tidak bagus, battery pun cepat rosak.
5.kurangkan penggunaan amplifier, sportlight dan sebagainya.

Info berguna: jika hari ini hujan, besok cerah, cek paras air bateri, sebab air bateri akan mengejat. kalau bateri yang air kering, akan rosak bateri dia.

Bateri kereta yang paling anda suka pakai ?




Isi air bateri dalam bateri basah



bateri kering


bateri basah

Kepada bakal pembeli, anda perlu tahu terdapat 2 jenis bateri dipasaran iaitu Maintenance Free Batteries (MF) dan Non- Maintenance Free Batteries (NMF).  Fungsinya kedua-dua bateri adalah sama iaitu nak menghidupkan engine kenderaan anda. Biasanya 12 V. Sejumlah arus elektrik yang besar diperlukan untuk menghidupkan kereta. Apabila engine dah hidup, tugas membekalkan tenaga elektrik akan diserahkan kepada alternator sambil bateri tersebut akan charging semula kepada keadaan asal. 


Perbezaan utama  antara kedua-dua bateri yang acap kali diperbincangkan hanyalah pada harga, maintenance, dan jangka hayat bateri. Dari faktor harga MF adalah lebih mahal sekitar RM 30-RM50 berbanding NMF. Harga bateri pula bergantung kepada saiz bateri dan jenama bateri itu sendiri. Sebagai contoh harga bateri DIN55 Century MF adalah sekitar RM240 (online price). 

Jenis -jenis bateri biasa dalam pasaran Malaysia.


1.Century

2.Yokohama
3.GP
4.Yuasa
5. Panasonic

Ada org ckp bateri basah lagi elok sbb kita
blh jaga dia, bateri kering kita biar smpi kong ar..
lgpun bateri basah murah skt..=)

Biasanya kebanyakan bateri warranty 1 thn je..

Apa pendapat anda ?